Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI (SESI PETANG) SEKOLAH UGAMA MASIN BAGI TAHUN 1447H / 2026M

13 June 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI (SESI PETANG) SEKOLAH UGAMA MASIN BAGI TAHUN 1447H / 2026M

Mulaut, Sabtu, 26 Zulhijjah 1447 bersamaan 13 Jun 2026-Dalam usaha meningkatkan penghayatan Al-Quran dalam kalangan murid sekolah ugama, Sekolah Ugama Masin petang tadi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan seramai 38 orang murid Darjah VI (sesi petang) bertempat di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut.

Daripada jumlah tersebut, seramai 22 orang murid terdiri daripada murid lelaki, manakala 16 orang lagi ialah murid perempuan yang telah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Suherdey bin Serbini, Pemangku Ketua Bahagian Pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Selawat Tafrijiyyah dan doa sebelum membaca Al-Quran. Bacaan Surah Al-Fatihah kemudiannya dipimpin oleh Tetamu Khas Majlis, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam. Acara diteruskan dengan bacaan Takhtim serta Doa Khatam dipimpin oleh Awang Muhammad Khalis Zakwan bin Muhammad Herman.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil kepada para peserta khatam yang disempurnakan oleh Tetamu Khas Majlis serta persembahan Dikir Marhaban sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Dengan sokongan dan kehadiran para ibu bapa, majlis-majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di

persekolahan ugama juga antara lain merupakan salah satu usaha berterusan pihak Jabatan Pengajian Islam dalam mengukuhkan penghayatan hidup berugama dalam kalangan murid-murid dan seterusnya sama-sama mengukuhkan syiar Islam di negara ini.

 

Foto: JPI​