Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TAHUN 7  INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI  SESI PENGAJIAN 2027M

18 June 2026

PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TAHUN 7 INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJIAN 2027M

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Kementerian Hal Ehwal Ugama, memaklumkan bahawa permohonan bagi Pengambilan Pelajar Baharu Peringkat Menengah Tahun 7 bagi Sesi Pengajian 2027M kini dibukakan kepada calon-calon yang berkelayakan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula Sabtu, 13 Jun 2026 hingga Khamis, 6 Ogos 2026 melalui pautan: https://itqshhb.my.canva.site/pendaftaranitqshhb2027

Syarat-Syarat Kemasukan ialah

➢ Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap.

➢ Bagi bukan rakyat Brunei yang ibu atau bapanya bertugas di jabatan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Companies) di Negara Brunei Darussalam, permohonan boleh dipertimbangkan dengan mengemukakan surat permohonan khas kepada Lembaga Institut melalui Pengetua Institut.

➢ Berumur tidak melebihi 14 tahun pada 1 Januari 2027 atau sedang berada dalam Tahun 6 persekolahan pada tahun 2026.

➢ Lulus Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) atau yang setaraf dengannya dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat 'C' bagi semua mata pelajaran.

➢ Lulus peringkat kedua-dua ujian temu duga hafazan Al-Quran yang dijalankan oleh Institut.

➢ Bersedia tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.

➢ Bersetuju mematuhi segala peraturan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

➢ Penerimaan pelajar adalah tertakluk kepada keputusan Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Bagi pemohon yang menghadapi kesukaran mengisi borang secara dalam talian, pihak Institut akan menyediakan bantuan pengisian borang di Blok Pentadbiran, Institut Tahfiz AlQuran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175 KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan.

Perkhidmatan bantuan tersebut akan dibukakan bermula 14 Julai 2026 hingga 30 Julai 2026, pada setiap hari Selasa dan hari Khamis, dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Tarikh akhir penghantaran borang permohonan ialah pada hari Khamis, 6 Ogos 2026, dan semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui sistem dalam talian yang telah disediakan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pendaftaran Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui:

Telefon: +673 222 0090 / 222 0093 / 222 0096 (Sambungan 229 atau 230) SMS: +673 8165297

E-mel: pendaftaran@itqshhb.edu.bn

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengalu-alukan penyertaan pelajar yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti pengajian tahfiz Al-Quran serta akademik secara bersepadu demi melahirkan generasi Al-Quran yang berilmu, berakhlak dan berwawasan. ​