Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI  SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI MUTA-WAKKILAH HAYATUL BOLKIAH  (SESI PAGI)  TAHUN 1448H / 2026M

01 July 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI MUTA-WAKKILAH HAYATUL BOLKIAH (SESI PAGI) TAHUN 1448H / 2026M

Serusop, Rabu, 15 Muharram 1448 bersamaan 01 Julai 2026–Seramai 32 orang murid Darjah VI Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada pagi tadi setelah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Daripada jumlah tersebut, seramai 10 orang ialah murid lelaki, manakala 22 orang lagi ialah murid perempuan. Majlis tersebut diadakan di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Noryasmin bin Haji Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pematuhan dan Antarabangsa (SHENA), Jabatan Perdana Menteri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Khas Majlis, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam yang disempurnakan oleh Awang Muhd Rayyan Mikael bin Haji Mohd Mahadini, Peserta Khatam.

Majlis kemudian menyaksikan penyampaian sijil serta upacara merenjis minyak wangi kepada para peserta khatam yang disempurnakan oleh Tetamu Khas Majlis, diiringi dengan persembahan Dikir Marhaban. Upacara tersebut turut disertai oleh ibu bapa serta penjaga para peserta khatam.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Mayadi bin Haji Jais, Tenaga Pengajar.

Penganjuran majlis ini merupakan usaha berterusan dalam menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi Al-Quran yang beriman, beramal dan bertakwa, di samping menjadikan Al-Quran sebagai panduan serta amalan dalam kehidupan seharian. Pada masa yang sama, majlis ini turut mencerminkan komitmen Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam memperkukuhkan syiar Islam di Negara Brunei Darussalam.​