Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MUNAJAT KHAS SEMARAK HARI KEPUTERAAN

21 July 2026

MUNAJAT KHAS SEMARAK HARI KEPUTERAAN

​MUNAJAT KHAS SEMARAK HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80 ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KALI KE – 239 DISELAJURKAN DENGAN PROGRAM KEAGAMAAN SENEGARA, JABATAN PENGAJIAN ISLAM

 

Negara Brunei Darussalam, Selasa, 06 Safar 1448 bersamaan 21 Julai 2026–Tanggungjawab pelajar kepada Raja dan Negara ditunjukkan dengan mengetahui peranan Sultan serta memahami sejarah negara dan Sultan-Sultan Brunei, mengamalkan nilai-nilai Kemelayuan, Keislaman dan Keberajaan (Melayu Islam Beraja), mematuhi peraturan dan undang-undang termasuk peraturan sekolah, belajar dan berilmu pengetahuan, serta menggunakan media sosial dengan bijak dan tanggungjawab. Kesemua ini menunjukkan pelajar taat setia dan mengasihi Raja dan Negara.

Perkara tersebut antara yang dikongsikan di dalam Perkongsian Ilmu bertajuk Tanggungjawab Pelajar Kepada Raja dan Negara disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Siti Salwana Syarfa binti Haji Dahlan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Kementerian Pendidikan bagi menyerikan lagi Munajat Khas Semarak Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-80 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama Kali Ke – 239 diselajurkan dengan Program Keagamaan Senegara, Jabatan Pengajian Islam.

Acara Munajat Khas pada petang tadi disertai bersama oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama dari Surau Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut serta Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama serta para pegawai kerajaan, guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah arab dan ugama di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.  

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau, Daerah Temburong dari Dewan Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Pekan Bangar.

Selepas bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Mulk beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abdul Aziz bin Haji Hamzah, Guru Ugama Tingkat II, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dari Sekolah Ugama Bokok, Temburong.     

Seterusnya, Doa Munajat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Abdul Hadi bin Haji Bagol, Pegawai Pelajaran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dari Sekolah Arab Temburong. 

Selesai Perkongsian Ilmu, disusuli dengan bacaan Zikir Al-Maghfirah Wa Ar-Rahmah oleh Yang Mulia Abang Hariz bin Abang Hadzman, Guru Ugama Terlatih, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dari Sekolah Ugama Lamunin, Tutong bersama guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah Ugama Lamunin, Tutong.

Sebelum mengakhiri acara, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Asri bin Haji Timbang, Pegawai Pelajaran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dari Sekolah Arab Temburong.