Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SAGUHATI PERTANDINGAN DIKIR BRUNEI BAGI PEGAWAI MASJID, AHLI JAWATANKUASA TAKMIR, JEMAAH DAN MUSLIMAH MASJID  BERUMUR 45 TAHUN KE ATAS

11 August 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SAGUHATI PERTANDINGAN DIKIR BRUNEI BAGI PEGAWAI MASJID, AHLI JAWATANKUASA TAKMIR, JEMAAH DAN MUSLIMAH MASJID BERUMUR 45 TAHUN KE ATAS

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SAGUHATI PERTANDINGAN DIKIR BRUNEI BAGI PEGAWAI MASJID, AHLI JAWATANKUASA TAKMIR, JEMAAH DAN MUSLIMAH MASJID BERUMUR 45 TAHUN KE ATAS SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80, BAGI TAHUN 1448H/2026M

 

Belait, Selasa, 27 Safar 1448 bersamaan 11 Ogos 2026–Dikir Brunei merupakan salah satu khazanah berharga yang diwarisi oleh masyarakat Melayu Brunei dan merupakan salah satu bentuk kebudayaan berteraskan keagamaan yang telah diamalkan dalam kehidupan masyarakat Brunei sejak zaman-berzaman.

Dikir Brunei mengandungi selawat dan salam serta kisah kehidupan dan keperibadian agung junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang telah dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan pelbagai keistimewaan. Sesungguhnya, sesiapa yang membaca selawat dan salam serta menghayati kisah-kisah agung baginda akan memperoleh pahala, keberkatan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, serta mengharapkan syafaat daripada Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Imarah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Daerah Belait mengadakan Pertandingan Dikir Brunei bagi Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir, Jemaah dan Muslimah Masjid Berumur 45 Tahun Ke Atas Senegara Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80, Bagi Tahun 1448H/2026M pada petang tadi bertempat di masjid berkenaan. Sebanyak 00 kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut, yang terdiri daripada 00 kumpulan lelaki dan 00 kumpulan perempuan. Pertandingan berkenaan telah diadakan di masjid tersebut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Awang Muhammad Faiq bin Haji Rani, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pertandingan ini diadakan bagi menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir, di samping meraih keberkatan dan syafaat junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam melalui bacaan selawat yang terkandung dalam Dikir Brunei.

Pertandingan ini juga diharap dapat menghidupkan dan meneruskan tradisi bacaan Dikir Brunei dalam kalangan masyarakat Brunei, khususnya generasi masa kini, agar khazanah budaya berteraskan keagamaan ini terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu, pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan para peserta agar terus mempelajari dan menguasai lagu-lagu Dikir Brunei, sekali gus meningkatkan mutu persembahan dari segi kefasihan, lagu dan suara. Pertandingan ini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan para peserta serta memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah sesama jemaah masjid.​