Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM USRAH (AFTER-CARE) BERSAMA RAKAN SELIAAN  MENGUKUHKAN UKHUWAH, MEMUPUK INTEGRASI SEMULA

15 August 2026

PROGRAM USRAH (AFTER-CARE) BERSAMA RAKAN SELIAAN MENGUKUHKAN UKHUWAH, MEMUPUK INTEGRASI SEMULA

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 02 Rabiulawal 1448 bersamaan 15 Ogos 2026–Bagi memperkukuh hubungan silaturahim antara rakan seliaan dan keluarga mereka, di samping memberikan sokongan moral dalam proses integrasi semula ke dalam masyarakat, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Penyebaran Da'wah (Kaunseling) dengan kerjasama Pusat Reintegrasi, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menganjurkan Program Usrah (After-care) Bersama Rakan Seliaan bertempat di Pusat Reintegrasi. 

Program berkenaan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan agama kepada kalangan rakan seliaan secara berterusan selepas tempoh In-Care, di samping memberikan bimbingan dan sokongan berterusan agar membantu mereka meningkatkan keyakinan harga diri seterusnya memudahkan proses penerimaan dan integrasi semula mereka ke dalam Masyarakat. 

Turut hadir, Yang Mulia Pemangku Penguasa Hamdani bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Ketua Pemulihan dan Reintegrasi, Jabatan Penjara; Yang Mulia Awang Alizan bin Haji Ramle, Pemangku Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah; dan Yang Mulia Dayang Hajah Juhanah binti Haji Jaya, Presiden The Aftercare Support Association (AFSA). 

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, dan Doa. Diikuti dengan aktiviti pemanasan badan serta brisk walk yang diketuai oleh jurulatih daripada Jabatan Penjara. Pelbagai aktiviti permainan menarik turut dipertandingkan termasuk sukaneka keluarga yang melibatkan rakan seliaan, ahli keluarga, urusetia dan ahli jawatankuasa. 

Ini jelas bahawa penglibatan bersama ini menunjukan keakraban dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan yang sekian lama terjalin erat. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan. 

Program seumpama ini diharapkan akan dapat terus dilaksanakan pada masa hadapan kerana memberikan manfaat yang besar dan sangat berguna dalam menyokong proses pemulihan dan reintegrasi rakan seliaan secara menyeluruh. Selain membina keyakinan diri dan memupuk semangat kerjasama, program ini turut berperanan dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan serta membantu rakan seliaan untuk kembali memainkan peranan positif dan akti dalam masyarakat, selaras dengan matlamat after-care.

https://www.kheu.gov.bn/SiteImages/BPAAM%202026/015.8.2026%20PROGRAM%20USRAH%20AFTER%20CARE%205.jpg 

Foto: PDI