Berakas, Rabu, 20 Rabiulawal 1448 bersamaan 02 September 2026-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan penganugerahan Syahadah (Sijil) Diploma Tertinggi 'Aliyah Qira'at Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada 38 orang graduan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada Majlis Haflut Takharruj (Majlis Konvokesyen) Kali Keempat Belas Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Tahun 1448H / 2026M yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada pagi tadi.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ke Majlis Haflut Takharruj Kali Keempat Belas Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dijunjung oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar’ie; dan Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah; serta ahli-ahli lembaga dan Jawatankuasa Akademik dan Peperiksaan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran beserta intisari ayat daripada Surah Al-Fath, bermula Ayat 1 hingga 7 dengan bacaan Qiraat, Riwayat Warsh Dari Imam Nafi’ oleh Yang Mulia Awang Muhamad Faiz Najwan bin Muhamad Saleh, Graduan Haflut Takharruj Kali Keempat Belas Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Beliau merupakan Penerima Elaun Ujian Tasmie 10 Juz dan aktif mengikuti Musabaqah Menghafaz Al-Quran Beserta Pemahamannya Peringkat Negara, dengan meraih Naib Johan dalam Kategori C pada tahun 2021 dan 2022, mendapat Tempat Ketiga dalam Kategori C pada tahun 2023 dan mendapat Tempat Ketiga dalam Kategori D pada tahun 2026.
Manakala intisari ayat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nur Safwan bin Awang Asli, Graduan Haflut Takharruj Kali Keempat Belas Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama antara lain menyembahkan Alhamdulillah, sejak kumpulan pertama Program Diploma ‘Aliyah Qiraat dianugerahkan sijil pada tahun 2013, Institut telah melahirkan seramai 306 orang graduan, termasuk 38 orang yang diraikan pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut, 28 orang memperoleh pangkat mumtaz dan 10 orang memperoleh pangkat jayyid jiddan. Para graduan pada tahun ini merupakan kumpulan pertama Program Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat bagi sesi pengajian 20232026. Penaiktarafan program ini turut memperluas kandungan 3 pengajian, antaranya melalui pengenalan ilmu Dhabt Al-Quran, iaitu ilmu berkaitan tanda, simbol dan baris dalam penulisan mushaf yang membantu memelihara ketepatan bacaan Al-Quran. Modulmodul pengajian turut diperkukuh dan dikemas kini dari segi kandungan bagi memastikan kurikulum yang ditawarkan kekal relevan dan komprehensif. Pemantapan ini meliputi Modul Teras, antaranya Rasm Al-Quran dan Tarannum Bil-Quran, serta Modul Wajib seperti Bahasa Arab, Al-Fiqh Al-Islami wa Usuluh dan Tafsir Al-Quran. Di samping itu, elemen Ko-Kurikulum turut diperkenalkan sebagai salah satu Modul Elektif bagi memperluas pengalaman pembelajaran pelajar serta menyokong pembangunan kemahiran, sahsiah dan potensi mereka secara lebih menyeluruh. Dengan pengukuhan kurikulum tersebut, para graduan dibekalkan dengan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu Al-Quran sebagai teras, serta kemahiran lain yang bermanfaat.
Yang Berhormat seterusnya menambah Sesungguhnya, penubuhan Institut ini merupakan suatu rahmat dan nikmat yang besar, lahir daripada hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, untuk memartabatkan pengajian Al-Quran di negara ini. Amanah tersebut akan sentiasa dipelihara dengan memastikan 7 mutu pengajian, pengurusan dan khidmat Institut terus diperkukuhkan. 18. Para garaduan yang diraikan para hari ini telah memperoleh peluang yang amat berharga untuk mengikuti pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sebuah institusi tahfiz kerajaan yang khusus mendidik genarasi penghafaz Al-Quran di negara ini. 19. Peluang tersebut hendaklah disyukuri dengan memelihara hafazan, mengamalkan ajaran Al-Quran dan memanfaatkan ilmu bagi kebaikan masyarakat. Sesungguhnya, hafazan Al-Quran ialah anugerah yang besar, sekali gus amanah yang menuntut kesungguhan dan istiqamah sepanjang hayat.
Pada majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan mengurniakan sabda.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkenan menyempurnakan pengurniaan penganugerahan Syahadah (Sijil) Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qira’at kepada 38 orang graduan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Pengurniaan Syahadah Diploma Tertinggi 'Aliyah Qira’at kepada graduan kali ini terdiri daripada 19 orang siswa dan 19 orang siswi. Daripada jumlah tersebut, seramai 28 orang memperoleh pangkat Mumtaz (Cemerlang), dan 10 orang memperoleh pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik). Sejurus itu, laungan Takbir, Tahmid dan Selawat dikumandangkan,
Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil graduan Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qira’at, Yang Mulia Awang Muhammad Hassanul Jamsyir Ali bin Jais. Graduan ini merupakan penerima Elaun Ujian Tasmie 30 Juz dan merupakan wakil Negara Brunei Darussalam ke 45th King Abdul Aziz International Competition for Memorization, Recitation and Interpretation of The Quran di Makkah Al-Mukarramah pada tahun 2025 Masihi.
Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim.
Seterusnya, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menyaksikan Pameran Perkembangan dan Pencapaian Diploma ‘Aliyah Qiraat bertempat di Dewan Muzakarah.
Pameran tersebut mengetengahkan perkembangan serta pencapaian Diploma ‘Aliyah Qiraat sejak penubuhannya, termasuk senarai penerima Sultan’s Scholar, pencapaian para alumni dan graduan yang kini berkhidmat di pelbagai agensi kerajaan serta pasukan beruniform, di samping penglibatan siswa dan siswi di Pusat Pembangunan Belia dalam pelbagai bidang kemahiran hidup.
Penganugerahan Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat Al-Quran kepada para graduan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah sebagai pengiktirafan atas kejayaan para siswa-siswi khusus dalam bidang Hafazan Al-Quran dan ilmu Qiraat sekaligus merealisasikan Visi Institut berkenaan sebagai sebuah institusi tahfiz dan perkembangan Al-Quran yang terunggul di peringkat Negara, serantau dan antarabangsa.
Penubuhan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang Ke-46 pada 15 Julai 1992.
Pada hari Jumaat, 08 Rejab 1413 bersamaan 01 Januari 1993, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah secara rasminya ditubuhkan dengan pengambilan pertamanya seramai 45 orang pelajar.
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah merupakan sebuah institusi pengajian Tahfiz Al-Quran di peringkat diploma, peringkat menengah dan pengajian hafazan bagi orang awam, dan pengajian hafazan bagi orang berkeperluan khas (orang kurang upaya penglihatan) yang menggabungjalinkan Hafazan Al-Quran dan ilmu-ilmu Al-Quran sebagai dasar di samping mata pelajaran yang lain.
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah maju setapak lagi dengan penubuhan Pertama Program Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat pada bulan Ogos 2010 dan telahpun melahirkan seramai 38 orang graduan Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat kohort yang pertama.