Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SARINGAN KEBANGSAAN TAHUN 1448 HIJRAH

22 September 2026

MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SARINGAN KEBANGSAAN TAHUN 1448 HIJRAH

Ong Sum Ping, Selasa, 10 Rabiulakhir 1448 bersamaan 22 September 2026Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS bagi menyemarakkan lagi Hari-Hari Kebesaran Islam dan merupakan antara pengisian dalam aturcara Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara yang diadakan pada setiap tahun.

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan pada tahun ini diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS Blok 2H Tingkat 8, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya dibahagikan kepada 5 kategori iaitu [Kategori A, B, C, D dan E].

Kategori 'A' – Terbuka kepada peserta yang lahir pada tahun 2014 dan selepasnya (13 tahun ke bawah); Johan dalam kategori 'A' tahun lepas (1447H) dikecualikan dari menyertai musabaqah pada tahun ini serta BUKAN terdiri dari penuntut sepenuh masa Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negara semasa mendaftar dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'C' 'D'dan'E'.

Menghafaz satu (1) Juz Al-Quran iaitu Juz 30, dan berserta Pemahaman Juz 30.

Kategori 'B' – Terbuka kepada peserta yang lahir pada tahun 2013 dan sebelumnya (14 tahun ke atas). Johan dalam kategori 'B' tahun lepas (1447H) dikecualikan dari menyertai musabaqah pada tahun ini.   BUKAN terdiri dari penuntut sepenuh masa Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negara semasa mendaftar serta tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'C' 'D'dan'E' dan bukan penerima elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam semua kategori tasmie' semasa tarikh tutup borang penyertaan.

Menghafaz Surah-surah Pilihan iaitu Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Yasin, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Jumu'ah, Surah Al-Mulk , Surah Al-Jinn dan Surah Al-Insan Berserta pemahaman Surah Al-Munafiqun, Surah At-Taghabun, Surah Al-Qalam, Al-Haqqah dan Surah Al-Ma'arij.

Kategori 'C' -Terbuka kepada semua peringkat umur. Johan dalam kategori 'C' tahun lepas (1447H) dikecualikan dari menyertai musabaqah pada tahun ini. BUKAN penerima elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam semua kategori tasmie' semasa tarikh tutup borang penyertaan dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'D'dan'E'.

Menghafaz 4 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 4 berserta pemahaman Surah Al-Israa' dan Surah Al-Kahfi.

Kategori 'D' – Terbuka kepada semua peringkat umur. Johan dalam kategori 'D' tahun lepas (1447H) dikecualikan dari menyertai musabaqah pada tahun ini. Tidak pernah menerima Elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam Kategori 'D' dan 'E'.

Menghafaz 15 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 15 serta pemahaman Surah Al-Hujurat, Surah Qaf, Adz-Dzariat dan Surah At-Thuur. ../2

Kategori 'E' – Terbuka kepada semua peringkat umur. BUKAN terdiri daripada penerima ijazah khas Hafaz Al-Quran pada tahun 2016.

Menghafaz 30 Juz Al-Quran berserta pemahaman Surah Al-A'raf dan Surah Al-Anfal.

Hari ini telah diadakan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah bagi “Kategori “D".

Musabaqah akan diadakan dalam tiga [3] peringkat iaitu Peringkat Saringan Kebangsaan; Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan; dan Peringkat Akhir Kebangsaan.

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya  Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah ini berlangsung selama lima [5] hari iaitu pada 22, 24, 26, 28, dan 29 September 2026.  Musabaqah ini diadakan bertempat di Tingkat 8, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Blok 2H, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.

Pada tahun ini, seramai 313 orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah. Iaitu Kategori A seramai 56 orang; Kategori B seramai 60 orang; Kategori C seramai 119 orang; Kategori D seramai 55 orang; dan Kategori E seramai 23.​