Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

BENGKEL AZAN DAN IQAMAH BELIA MASJID PERINGKAT DAERAH TUTONG TAHUN 2026

25 October 2026

BENGKEL AZAN DAN IQAMAH BELIA MASJID PERINGKAT DAERAH TUTONG TAHUN 2026

​

Tutong, Ahad, 14 Jamadilawal 1448 bersamaan 25 Oktober 2026–Dalam usaha melahirkan generasi pelapis bilal dan muazzin yang berkemahiran, berkeyakinan serta berupaya menggalas tanggungjawab melaungkan azan dan iqamah di masjid, surau dan balai ibadat di daerah atau kampung masing-masing, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, melalui Bahagian Hal Ehwal Belia dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang, Daerah Tutong, Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Daerah Tutong, serta Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, menganjurkan Bengkel Azan dan Iqamah Belia Masjid Peringkat Daerah Tutong. Bengkel tersebut diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang, Daerah Tutong.

Fasilitator Bengkel ialah Yang Mulia Awang Haji Daud bin Haji Kadir, dengan penyertaan belia masjid dan pelajar sekolah.

Antara pengisian utama bengkel tersebut ialah bimbingan teori dan praktikal berkaitan azan dan iqamah, hukum tajwid, makhraj huruf, teknik pernafasan serta pengenalan kepada pelbagai alunan lagu azan, termasuk Hijaz, Rast dan Bayati. Para peserta turut berpeluang mengikuti sesi praktikal dan soal jawab bagi memperkukuh pemahaman serta meningkatkan kemahiran dalam melaungkan azan dan iqamah.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa peranan belia masjid sebagai generasi pelapis dalam kepimpinan dan pengimarahan masjid. Selain memberikan pendedahan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran, program ini juga diharapkan dapat menyemai rasa cinta terhadap masjid, membentuk jati diri Muslim yang berdisiplin serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya tanggungjawab yang dipikul oleh seorang muazzin.

Melalui inisiatif ini, para peserta diharapkan dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan dan latihan yang diperoleh untuk berkhidmat kepada masyarakat, sekali gus memastikan kesinambungan generasi bilal dan muazzin yang berilmu, berkemahiran serta berkualiti pada masa hadapan.​


Foto: JHEM