Jadual 1: Senarai dokumen yang perlu disertakan bagi permohonan Sijil Halal dan Permit Halal.
Seterusnya, Pemeriksa/Juruaudit
Halal dari BKMH akan:
1. Menjalankan ujian lisan dan bertulis kepada Penyelia Makanan Halal. Jika
lulus, penyelia tersebut akan diberi tauliah oleh MUIB.
2. Menjalankan pemeriksaan ke tempat perniagaan termasuklah:
(a) Dokumentasi premis perniagaan.
(b) Makanan untuk tujuan perdagangan.
(c) Proses semua produk (bahan mentah, cara pemprosesan, pengendalian, pengedaran produk dsb).
(d) Peralatan, perkakas, mesin & bahan bantuan pemprosesan.
(e) Tempat penyimpanan, tempat peragaan & tempat penyajian produk.
(f) Kebersihan, sanitasi & keselamatan makanan.
(g) Pembungkusan, pelabelan, bilik sejuk, pengangkutan dsb.
3. Meneliti/mengambil invois pembelian
barang yang diragui.
4. Mengambil gambar bahan-bahan, tempat
dsb.
5. Membuat laporan kepada Jawatankuasa Pemeriksaan Sijil Halal & Label
Halal (AJKP).
Jawatankuasa Pemeriksaan Sijil Halal
& Label Halal (AJKP) akan mengadakan mesyuarat untuk mempertimbangkan
permohonan tersebut. Jika disokong, laporan akan dihadapkan kepada MUIB. MUIB
akan mengadakan mesyuarat bagi meneliti dan mempertimbangkan laporan
permohonan. Jika disokong, Sijil Halal akan dikeluarkan untuk premis tersebut.
BAYARAN BAGI SIJIL HALAL, PERMIT HALAL DAN SIJIL TAULIAH PENYELIA HALAL
SIJIL HALAL | BND$ 90.00 | 3 TAHUN
|
PERMIT HALAL
| BND$ 50.00 bagi setiap permit | -
|
SIJIL TAULIAH PENYELIA HALAL
| PERCUMA | - |
PERHATIAN:
Bagi Perubahan atau penambahan dalam ramuan produk yang telah diberikan Permit Halal, bayaran seperti yang tersebut diatas adalah tidak dikenakan.
Tempat Pembayaran:
Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB),
Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Negara Brunei Darussalam.
Waktu Pembayaran:
Hari | Pagi | Petang |
Isnin - Khamis | 8:00 – 11:30 | 1:30 – 2:30 |
Sabtu | 8:00 – 10:30 | - |
Nota:
- Sijil akan dikeluarkan setelah pemohon membuat pembayaran.
- Sijil Tauliah bagi Penyelia Makanan Halal hendaklah dikembalikan sekiranya ada perubahan.
- Sijil yang mansuh hendaklah dikembalikan
- Sijil yang hilang hendaklah dilaporkan dan bayaran akan dikenakan untuk mengganti sijil.
Carta Alir Prosedur
memohon Sijil Halal dan Permit Halal.