INFORMASI PERKHIDMATAN
Majlis Ugama Islam Brunei dengan kerjasama Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) melaksanakan Pembayaran zakat fitrah dalam talian (online) bermula Ramadhan 1442/2021 sebagai alternatif kepada kaedah konvensional sedia ada.
Merujuk Fatwa Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam melalui siri Fatwa (16/2020) Bil.24-1/2/5Ej(2) bertarikh 18 Syawal 1441 bersamaan 10 Jun 2020 telah menyatakan bahawa pembayaran zakat dalam talian adalah harus dan sah kerana ia memenuhi tatacara yang ditetapkan oleh syara' dalam pembayaran zakat.
1. Zakat Fitrah dikenali juga dengan zakat badan atau zakat jiwa.
2. Zakat Fitrah ialah makanan yang tertentu jenisnya dan sukatannya yang wajib dikeluarkan pada hari raya puasa oleh tiap-tiap orang Islam yang mempunyai kelebihan makanan bagi dirinya dan orang-orang yang dibawah tanggungannya untuk siang dan malam hari raya.
1. Kadar zakat fitrah di Brunei bagi setiap orang Islam adalah berdasarkan harga beras 2 kilogram 268 gram:
2. Adalah harus yakni sah mengeluarkan Zakat Fitrah dengan salah satu Kategori beras (Beras Wangi atau Beras Siam).
3. Secara umumnya, kadar zakat fitrah yang ditunaikan adalah mengikut harga beras yang biasa dimakan.
4. Sesiapa yang suka memakan beras siam, dan dalam masa yang sama menjadi kebiasaan memakan beras wangi, maka dalam hal ini lebih afdhal mengeluarkan zakat fitrah menggunakan kiraan beras wangi.
Seterusnya